Sunday, January 23, 2011

pasar minggu

Sebut sahaja pasar minggu, ramai yang menantikannya untuk mendapatkan barang keperluan yang jauh lebih murah berbanding dengan harga barang-barang yang dijual di pasar raya atau kedai-kedai runcit yang lain.
Dari barangan makanan hingalah barangan pertanian ada dijual di pasar minggu ini. 


Tidak kira apa bangsa ataupun pekerjaan mereka, pasar minggu menjadi tumpuan untuk membeli belah. Pakaian yang berharga tidak lebih dari  RM50 ringgit menjadi tumpuan. Tidak kira 'barangan bundle' ataupun barangan terus dari gudang banyak dijual disini dengan harga yang murah.



Beg yang mempunyai jenama ternama, tidak kira yang tiruan ataupun yang 'original' banak boleh didapati disekitarnya dengan harga yang boleh tawar menawar. 


'Kuih bakar' merupakan kuih tradisional orang melayu sejak turun temurun. pasar minggu ini ada menyediakan  jualan kuih muih yang masih panas dan menyelerakan. Kaedah pembakaran 'kuih bakar' juga dijalankan secara tradisional dan kita boleh melihat cara pembakarannya secara terus. 


Kebanyakkan pengunjung boleh menjadi 'rambang mata' terutama sekali kaum wanita yang gemarkan membeli-belah. harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan kualiti barangan yang ditawarkan.

1 comment:

  1. Hadijah,
    pencereitaan akan jadi ebih menarik, jija difokus kepada satu perkara sahaja, macam jualan pakaian bundle, makanan pasar malam..

    ReplyDelete