Sunday, January 23, 2011

pasar minggu

Sebut sahaja pasar minggu, ramai yang menantikannya untuk mendapatkan barang keperluan yang jauh lebih murah berbanding dengan harga barang-barang yang dijual di pasar raya atau kedai-kedai runcit yang lain.
Dari barangan makanan hingalah barangan pertanian ada dijual di pasar minggu ini. 


Tidak kira apa bangsa ataupun pekerjaan mereka, pasar minggu menjadi tumpuan untuk membeli belah. Pakaian yang berharga tidak lebih dari  RM50 ringgit menjadi tumpuan. Tidak kira 'barangan bundle' ataupun barangan terus dari gudang banyak dijual disini dengan harga yang murah.



Beg yang mempunyai jenama ternama, tidak kira yang tiruan ataupun yang 'original' banak boleh didapati disekitarnya dengan harga yang boleh tawar menawar. 


'Kuih bakar' merupakan kuih tradisional orang melayu sejak turun temurun. pasar minggu ini ada menyediakan  jualan kuih muih yang masih panas dan menyelerakan. Kaedah pembakaran 'kuih bakar' juga dijalankan secara tradisional dan kita boleh melihat cara pembakarannya secara terus. 


Kebanyakkan pengunjung boleh menjadi 'rambang mata' terutama sekali kaum wanita yang gemarkan membeli-belah. harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan kualiti barangan yang ditawarkan.

Sunday, January 16, 2011

sukaneka


Acara mencari gula-gula dalam tepung amat mengujakan.Siapa cepat dan paling banyak gula-gula dia yang menang. senang saja syaratnya. Acara ini amat mencuit hati dengan gelagat kanak-kanak yang ada yang mencuba sehabis baik untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

Bila penat meniup, dapat la habuannya. Bedak percuma cap tepung gandum. 

Bowling kelapa pula ialah pecahan yang permainan bowling yang ada di seluruh dunia. Walaupun telah diubah suai sedikit cara permainanya tetapi tetap menyeronokkan.


Teruja dengan aktiviti sukan yang diadakan.